Thursday, 12 September 2019

TIPS MEMBALUT BUKU TEKS MENGGUNAKAN PEMBALUT PELEKAT

Tips membalut buku teks

 
Assalamualaikum dan selamat pagi...
hari ini saya nak kongsikan cara membalut buku teks dengan menggunakan pembalut pelekat...ini pun saya copy n paste dari blog juga..hihi...saja nak share dgn semua...kredit kepada rahsia idaman suri...mohon share ye...:)


.

Bercerita tentang buku teks, tahun ini merupakan tahun kedua saya menggunakan pembalut lekat untuk membalut buku. Itu pun setelah melihat seorang kenalan membalut buku anaknya. 


Kenapa saya suka pembalut lekat ini:

1. Kerja membalut buku menjadi mudah (sudah siap dengan ukuran)
2. Nampak lebih kemas (tidak perlu ditape atau stapler)
3. Menjimatkan masa
3. Tahan lama (kalau pembalut biasa, mudah koyak)



Nampak kemaskan buku Pendidikan Jasmani di atas. Lihatlah perbezaan dengan buku Sains yang belum di balut.


Langkah-langkah menggunakan pembalut lekat ini adalah seperti di bawah. Boleh juga rujuk kepada cara-cara yang ditunjukkan seperti di pembalut ini. Tujuan saya tunjukkan cara-cara membalut buku teks ini juga kerana sebagai rujukan sayadi kemudian hari. Buku pertama yang saya balut, banyak gelembung-gelembung udara, Mukmin ada bertanya "kenapa dulu buku yang mama balut tak macam ni". Jadi, saya pun cuba beberapa cara dan alhamdulillah berjaya membalut tanpa gelembung lagi. Mungkin sebab setahun sekali agaknya. Saya harap tahun depan dapat merujuk ke blog RIS balik.

Letak buku dan samakan di kiri dan kanan pembalut.
Gunting di bahagian tengah pembalut, atas dan bawah supaya mudah untuk melipat ke dalam buku.


Tarik pembalut perlahan-lahan ke arah kanan sambil ratakan dengan tangan di atas buku.

Kemaskan di kiri kanan, atas dan bawah buku dengan melipat pembalut ke bahagian dalam buku.

Inilah buku yang sudah siap dibalut.

Pembalut ini saya beli di Tesco dengan harga RM7.90 untuk 10 helai.

Di bawah ini ada lagi tips bagaimana cara mudah untuk menyusun buku sekolah anak mengikut jadual. Moga info hari ini dapat membantu kita semua.


No comments:

Post a Comment